14 September 2015

HANIS ZALIKHA BAKAL 'LAHIRKAN' CAKENIS



Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen yang baharu sahaja pulang berbulan madu di pulau Bora Bora, Perancis pada bulan lalu itu disangka bakal mendapat cahaya mata dek kerana memuat naik status ingin memperlahankan aktiviti seni. Malah ada beberapa komen pengikut laman sosial Instagramnya yang mengucapkan tahniah.

Tetapi hakikatnya, Hanis sedang menantikan 'kelahiran' produk tudung jenama Cakenis yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Hanis berkata, dia dan suaminya, Hairul Azreen juga sedang sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada selain beberapa produk baharu di bawah jenama mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Saya belum hamil dan kalau sudah mengandung saya akan beritahu, sekarang cuma sibuk meneruskan perniagaan sedia ada dan yang terbaharu bakal melancarkan perniagaan tudung Cekenis.

"Tentang gambar berkepsyen perkembangan terkini, saya dan suami lebih ke arah mengembangkan perniagaan kami buat masa sekarang dengan beberapa jenama yang akan dikeluarkan.

"Saya lebih selektif dalam aktiviti seni sebab lebih fokus komitmen rumah tangga dan perniagaan," ujar Hanis dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun lalu di kediaman Hanis di Bukit Jelutong.




Sumber: mStar



         ________________________




No comments: