14 September 2015

DISYAKI DEMAM DENGGI - AFDLIN SHAUKI DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Petang semalam, pelakon dan pelawak Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, selepas disyaki demam denggi.

Pembantu peribadinya, Marcella berkata, Afdlin dibawa ke pusat perubatan berkenaan selepas mengalami demam panas sejak seminggu lalu.

"Semalam kira-kira pukul 4 petang (Ahad), kami membawa dia ke hospital kerana keadaan di semakin teruk dan demam yang dialami selema lebih seminggu masih tidak menunjukkan tanda-tanda pulih.

Klik gambar untuk size besar




"Setakat hari ini, suhu badannya sudah 38°C berbanding semalam 40°C, manakala keadaan platlet darah semakin rendah iaitu kini 90 bpl (billion perliter)," ujar Marcella dipetik sebagai berkata.

Tambah Marcella, Afdlin juga terpaksa membatalkan beberapa aktiviti dan acara hiburan termasuk program Super Spontal All Star yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Katanya, buat masa ini pelawak tersebut masih menjalani rawatan lanjut dan dinasihati mendapatkan rehat yang cukup.

"Dia tidak boleh banyak bercakap dan tiada selera untuk makan, doktor masih lagi membuat rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Setakat ini juga doktor belum memaklumkan bila dia boleh keluar," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...