19 September 2015

ENGGAN TERDEDAH DI DUNIA HIBURAN - SYARAT ISTERI KEPADA WARIS



Izzati Amirah Kamaruddin, 26, isteri kepada penyanyi rap, Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 26, meletakkan syarat kepada suaminya bahawa dia enggan terlibat dalam setiap urusan membabitkan industri hiburan.

Menghormati syarat-syarat yang ditetapkan isterinya itu Waris terpaksa menolak beberapa tawaran program televisyen dan sesi temuramah yang mahukan mereka berdua sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos lalu.

"Isteri saya sudah beri syarat dia tidak mahu terlibat dalam dunia seni, dia juga minta tidak mahu sebarang liputan media pada majlis perkahwinan kami bulan lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Selapas kami berkahwin memang ada beberapa program televisyen yang mahu temuramah tapi terpaksa saya tolak dengan baik, begitu juga sesi fotografi akhbar dan majalah.

"Pernah juga segmen pagi Era FM, Johara menghubunginya tetapi tidak dilayan hingga perkara tersebut membuatkan kami bergaduh," ujar Waris dipetik sebagai berkata.

Waris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan peribadinya selepas bergelar suami sejak sebulan lalu. Penyanyi ini dikatakan sengaja mahu merahsiakan perkahwinan tersebut.



Sementara itu, Waris berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan dalam proses belajar untuk hidup berumah tangga.

"Alhamdulillah sudah sebulan berkahwin kehidupan saya semakin teratur dan mendapat makanan yang sihat setiap hari.

"Kalau bujang dulu setiap hari saya makan di kedai mamak sahaja, sekarang tidak perlu lagi ke mamak, nasib baik juga isteri saya ini pandai masak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Waris berkata, dia kini dalam proses mempromosi lagu baharu berjudul 'Cinta Terakhir' bersama Ezad Lazim.

Katanya, lagu berunsur ketuhanan tidak dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini untuk mengelak pendengar tidak memahami apa yang ingin disampaikan.

"Lagu ini berunsur ketuhanan iaitu tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad dan jika saya nyanyi dalam dialek Negeri Sembilan ramai yang tidak faham.

"Lagi pun saya ingin berehat sekejap daripada menyanyi lagu dialek, tunggulah mungkin lepas ini kembali semula dengan lagu-lagu dialek lagi," katanya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: