Kecoh di laman sosial mengenai dua pelakon wanita iaitu Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaina Zainal Abidin, 20, dan Natasha Elyzza Rohishim, 21, yang didakwa ditahan polis kerana memiliki ganja.
Menerusi laporan polis yang tersebar di laman sosial, Mimi dan Natasha turut ditangkap bersama seorang lagi rakannnya.
Menurut laporan polis tersebut, pihak polis telah menjumpai beg kertas bertulis 'pedro' mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja (66 gram) di dalam almari baju.
Klik gambar untuk size besar
Pemerikasaan di ruang tamu telah menjumpai paket plastik lutsinar berisi bahan disayki ganja seberat 2.19 gram.
Mimi merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama 'Ku Tinggal Cinta Di Okinawa' serta 'Dan Calonnya Adalah 2' (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz).
Manakala Natasha pula pernah berlakon dalam drama 'Generasi Dunia Baru', 'Duri Di Hati', 'Bila Hati Perempuan Menjerit', 'Projek Memikat Hati Suami', 'Isteri Separuh Masa' dan 'M.A.I.D'
Sumber: Rotikaya
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment