19 September 2015

SUAMI DITAHAN POLIS - UMIE AIDA ANGGAP SEGALA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA



Menerusi akaun Instagram Datin Seri Umie Aida, suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditahan polis di kediaman mereka petang semalam.

Menurut Umie Aida, suaminya telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Klik gambar untuk size besar




"Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah," ujar Umie Aida dipetik sebagai berkata.

Dalam masa yang sama, Umie turut mendoakan agar keselamatan suaminya terjaga ketika berada dalam tahanan tersebut melalui akaun Instagramnya.

Polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.



Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin turut memaklumkan beliau dan peguamnya, Mathias Chang telah telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Khairuddin memberitahu, beliau terpaksa meleburkan segala kos persiapan untuk ke New York dan London berikutan larangan tersebut.

"Saya sepatutnya berlepas ke New York serta London jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat) tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan PDRM," jelas Khairuddin.

Dalam pada itu, Umie Aida turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan.

Status di Instagramnya sehingga pagi Sabtu mendapat lebih 3,200 like sementara di Facebook pula dikongsi lebih 65 orang.

Artis-artis tempatan antaranya Betty Banafe, Datin Sofia jane, Nazia Mustafar, Nourul Wahab dan Salamiah Hassan turut memberi kata-kata semangat dan doa buatnya dan suami dalam menempuh ujian itu.



         ________________________




No comments: