20 September 2015

"RUMAH TANGGA KAMI TIADA MASALAH" - PUTERI SARAH



Hanya kerana Puteri Sarah Liyana, 29, sudah lama tidak dilihat bersama suaminya Syamsul Yusof, ada yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.

Namun dakwaan tersebut telah ditepis oleh Sarah dan dia juga menegaskan bahawa dirinya sangat bahagia menikmati alam rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu bersama suami tercinta.

"Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain.

Klik gambar untuk size besar




"Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak," ujar Sarah ketika ditemui media pada majlis pelancaran Butik Shara miliknya di Bangsar.

Walaupun pasangan ini sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka masih punya masa untuk bersama.

"Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan filem terbaharunya di rumah," jelasnya.

Dengan penjelasan itu, Sarah berharap tiada lagi cerita mengarut mengenai rumah tangganya disensasikan.

Pasangan itu berkahwin pada Mac tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.














Sumber: BH



         ________________________




No comments: