Pada 14 September lalu, isteri kepada Carleed Khaza iaitu Natasha Hudson telah selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Difahamkan, bayi perempuan yang diberi nama Faatimah Mohd Khalid itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam.
Kerana lambat berkongsi berita gembira ini, Natasha memohon maaf. Ini kerana beliau sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi tersebut.
Klik gambar untuk size besar

Selain itu Natasha juga menjelaskan bahawa dia merasa cukup bertuah kerana si suami menjaganya sepanjang tempoh berpantang.
Untuk rekod, Natasha dan Carleed berkahwin pada April 2012 dan telah dikurniakan dua zuriat iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Sebelum itu, Natasha memiliki seorang anak perempuan iaitu Neesa Helena.
Semoga pertambahan cahaya mata di dalam keluarga mereka ini akan memberikan lebih sinar dan pastinya doa peminat sentiasa mengiringi pasangan ini.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment