29 September 2015

TAHNIAH - ISTERI SHAH JASZLE DISAHKAN HAMIL



Shah Jaszle memaklumkan bahawa beliau bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya kini sedang hamil empat bulan.

"Memang tidak sabar menunggu kelahiran cahayamata pertama. Saya sudah bersedia menjadi seorang bapa meski ramai yang cakap masa tidur akan kurang apabila ada anak nanti. Sekarang pun saya sudah biasa melayan anak-anak saudara di rumah”

Klik gambar untuk size besar




"Jadi rasanya tidak ada masalah untuk menjaga anak sendiri nanti. Syukur rezeki semakin bertambah selepas berkahwin. Malah dengan ada isteri di sisi, kehidupan menjadi terurus dan saya rasa lebih tenang," ujar Shah dipetik sebagai berkata.

Semoga segala persiapan dan juga urusan oleh keluarga ini nanti akan dipermudahkan menjelang hari kelahiran.















         ________________________




No comments: