18 September 2015

GAMBAR MENARIK - WAJAH PUTERI LISA SURIHANI & YUSRY KRU



Nampaknya penantian para peminat yang ingin melihat cahaya mata pertama pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU kini sudah berakhir apabila secara eksklusif menerusi H!LIVE malam semalam mereka telah memberi keizinan untuk gambar mereka dirakam bersama.

Difahamkan, Lisa dan anaknya telah pun pulang ke rumah dan kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat. Lisa dan Yusry bakal mengumumkan nama anak perempuan mereka selepas 7 hari.

Klik gambar untuk size besar




Untuk makluman anak perempuan pasangan ini telah dilahirkan di Pantai Medical Centre Bangsar dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September kira-kira jam 11.44 malam.

Diharap Lisa dan Yusry akan lebih banyak berkongsi gambar wajah anak mereka. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat wajah si comel ini secara lebih dekat. Sama-sama kita nantikan.

Tahniah Lisa dan Yusry.





         ________________________




No comments: