18 September 2015

DOA TERMAKBUL - NABIL AHMAD BAKAL TUNAI HAJI 19 SEPTEMBER INI



Tahniah kami ucapkan buat Nabil Ahmad apabila beliau berpeluang mengerjakan ibadah Haji dan akan berangkat ke Tanah Suci seorang diri pada 19 September ini.

Untuk makluman, Nabil baru-baru ini telah pun selamat mengerjakan umrah. Jemputan menjadi tetamu Allah ini adalah satu rezeki yang tidak diduga dan pastinya Nabil bersyukur dapat mengerjakan ibadah haji pada usia semuda ini.

"Syukur Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya ucap pada nikmat yang Allah kurniakan. Mendapat jemputan pada usia masih muda, bukanlah satu benda yang boleh diperoleh begitu sahaja. Saya teruja, tidak sabar dan sangat gembira kerana dimakbulkan doa sewaktu mengerjakan umrah agar dijemput lagi ke Tanah Suci.

Klik gambar untuk size besar




"Saya dihubungi oleh seorang rakan yang bertanggungjawab membawa saya mengerjakan umrah pada bulan puasa lalu kira-kira sebulan lepas. Dia juga yang pernah berpesan ketika kami berada di Mekah agar sentiasa berdoa untuk Allah jemput lagi untuk ibadah haji pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.

"“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Tambah istimewa, saya dan 21 jemaah yang turut sama dalam rombongan persendirian ini bakal mengerjakan Haji Ifrad. Maksudnya, saya akan terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram sehingga 24 September iaitu pada Hari Raya Korban," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.

Menurut Nabil, dia kini sudah bersedia sepenuhnya dan tambahnya, antara hajat dan doa yang mahu dipohonnya nanti di Tanah Suci adalah mengenai keamanan negara demi masa depan anak-anaknya yang lebih cerah dan aman.

Semoga segalanya berjalan lancar buat Nabil Ahmad dan semua jemaah haji seluruh dunia. Seperti yang kita maklum, baru-baru ini satu tragedi telah pun menimpa bakal haji di Masjidil Haram. Semoga kejadian tersebut tidak berulang. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Amin.





         ________________________




No comments: