Semua sedia maklum bahawa Diana Danielle isteri kepada Farid Kamil ini sedang mengandungkan anak kedua.
Farid jelas merasa teruja akan berita gembira tersebut. Tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak mereka yang dijangka pada bulan November depan dan beliau kalau boleh ingin sering berdamping dengan isterinya melalui saat-saat penting ketika sedang mengandung.
Pada masa yang sama, Farid meluahkan rasa syukur apabila isterinya tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan anak kedua mereka.
Klik gambar untuk size besar
"Harap-harap tarikh perlawanan tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan," ujar Farid dipetik sebagai berkata.
"Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami," jelasnya.
Kami doakan semoga kandungan Diana akan terus baik-baik sahaja dan Allah SWT permudahkan proses kelahiran nanti.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment