25 September 2015

INSIDEN REMPUHAN DI MINA - NABIL AHMAD SELAMAT



Semua sedia maklum bahawa pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, 32, kini sedang berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

Dan baru-baru ini telah berlakunya satu insiden rempuhan sewaktu jutaan umat Islam menunaikan ibadah Melontar Jamrah di Mina. Insiden tersebut setakat ini telah mengorbankan 453 orang.

Nabil bagaimanapun memberitahu yang dia dalam keadaan selamat sewaktu berlaku insidennya tersebut.

Klik gambar untuk size besar




Ini kerana menurut Nabil, dia tidak berada di tempat kejadian ketika insiden rempuhan di Mina.

Tambah Nabil, dia dan kumpulan jemaah haji lain dari Malaysia masih berada di Makkah dan akan ke Mina untuk melontar jamrah malam ini selepas Isyak waktu tempatan.

"Alhamdulillah, saya bersama kumpulan jemaah lain berada dalam keadaan selamat kerana kami akan keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya' di sini," ujar Nabil menerusi aplikasi WhatsApp.



Nabil turut melahirkan rasa sedih dan pilu di atas kematian jemaah haji lain dalam tragedi itu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara terbabit. Bagaimanapun, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana ajal dan maut adalah kuasa Allah SWT.

"Doakan semoga saya dan jemaah lain diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah ini," jelasnya.

Nabil yang bertolak bersama 20 jemaah lain pada 19 September lalu dijangka pulang ke tanah air pada 30 September ini.


Sumber: myMetro



         ________________________




No comments: