26 September 2015

"MEMEY SEORANG ISTERI YANG SENANG DIJAGA" - NORMAN HAKIM



Mengakui ketika di awal perkahwinan mereka penuh dengan perkara pahit untuk dikongsikan, akhirnya pujukan Norman Hakim, 39, agar isterinya, Memey Suhaiza, 27, bersabar dengan situasi tersebut, akhirnya membuahkan hasil yang manis.

Siapa sangka mereka sudah empat tahun menyulam kasih sebagai suami isteri dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 2, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 bulan yang cukup comel. Walaupun sudah lama berkahwin, jelas terpancar lagi rasa cinta yang cukup mendalam antara Norman dan Memey.

Klik gambar untuk size besar




"Setiap perkara yang baik itu pasti ada cabaran dan saya anggap kepayahan kami dahulu sebagai sebuah ujian. Alhamdulillah, berkat doa kami yang tidak pernah jemu, kehidupan kini jauh lebih baik daripada apa yang kami impikan," ujar Norman dipetik sebagai berkata.

Selain itu, tambah pelakon ini lagi, dia turut melihat perubahan Memey bermula daripada seorang gadis sehinggalah kepada seorang ibu yang kini sudah pandai mengurus rumah tangga malah turut bijak dalam menyejukkan hatinya ketika marah.



"Bukan saya hendak memuji isteri sendiri, tetapi Memey bukan seorang wanita yang sukar untuk dijaga dan disayangi. Dia jarang merajuk dan tahu bagaimana hendak menyejukkan hati apabila saya dalam keadaan marah”

"Apabila ditanya, Memey kata, dia mengambil panduan ibu bapanya yang tidak pernah bergaduh besar, sentiasa berkasih sayang dan tidak membesarkan hal remeh-temeh hingga merosakkan hubungan suami isteri," jelasnya.



Manakala Memey pula berkata, beliau dan Norman tidak pernah berhenti bercinta dan setiap hari beliau mempelajari sesuatu yang baharu tentang suaminya dan sedikit pun tidak pernah merasa menyesal berkahwin pada usia muda.

"Saya rasa kami berdua tidak pernah berhenti bercinta, sebab setiap hari, pasti ada benda baharu yang saya pelajari tentang suami dan begitulah sebaliknya.



"Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak daripada menjadi pasangan yang hanya romantis sebelum kahwin tetapi apabila sudah sah hubungan, kemesraan tiba-tiba pudar. Bagaimana hendak berkeluarga jika begitu.

Semoga perkahwinan pasangan ini akan terus bahagia dan bidang perniagaan mereka akan terus mahu. Malah rata-rata peminat pasangan ini juga turut mendoakan perkara yang sama.







         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...