21 September 2015

"INSYA-ALLAH, SAYA BAKAL BERKAHWIN TAHUN HADAPAN" - SHAH ISKANDAR



Akhirnya gambar Shah Iskandar bersama kekasih berkunjung ke Registry Of Muslim Marriage (ROMM) di muat naik olehnya beberapa hari lepas mencetuskan tanda tanya terjawab apabila Shah bakal menamatkan zaman bujang bersama Siti Sarah Mohd Noor sekitar tahun hadapan.

Menurut Shah, dia mula berkenalan dengan Sarah kira-kira dua tahun lepas dan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu dan sudah dapat merasakan keserasian bersama. Malah, Shah nampaknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi.

Klik gambar untuk size besar




"Selepas makin kenal diri masing-masing dan bertemu keluarga, kami jadi lebih rapat. Umur saya pun makin meningkat. Saya sudah 33 tahun, dia pula 30 tahun. Saya kenal dia pun melalui kakaknya. Ketika itu, kakaknya menyuruh saya membuat ulasan dan promosi produk di laman Instagram," ujar Shah dipetik sebagai berkata.

Buat Sarah, Shah merupakan seorang yang kelakar dan periang orangnya. Bersama Shah, dia percaya aktor itu mampu untuk membuatnya bahagia dan gembira.

"Dari mula berkawan, kami cepat jadi serasi dan ngam. Sebelum ini saya tak berminat untuk ada kekasih. 10 tahun juga saya hidup tanpa cinta. Tapi dengan Shah mungkin juga saya terbuka hati untuk menerimanya. Daripada kawan, lama-lama terbit rasa sayang. Dia memang lelaki yang baik. Lepas kami membuat keputusan nak kahwin, dia punya 'sweet' itu lagi lain macam," jelas Sarah.







         ________________________




No comments: