Semua sedia maklum mengenai kisah penarikan diri Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta daripada menjadi pengkritik Akademi Fantasia 2015. Ini semuanya kerana Edry tak berpuas hati dengan komen jujur oleh Che Ta terhadap pelajar AF2015.
Tidak kurang juga yang mendakwa ini semua adalah drama yang sudah di aturkan oleh pihak produksi daripada awal untuk menghangatkan lagi suasana Akademi Fantasia kali ini kerana sejak awal lagi, ramai yang kurang senang dengan cara Che Ta memberikan komen.
Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik dengan keputusan tersebut.
Klik gambar untuk size besar
Meskipun sudah menarik diri, Che Ta tidak perlu memulangkan bayaran tugasan beliau untuk menjadi pengkritik selama 10 minggu.
"Memang tak payah pulang sebab depa (mereka) dah kata okay cuma dalam bab-bab begini membuatkan saya mahu lebih berhati-hati pada masa depan. Ada juga yang tanya sama ada saya serik atau tidak untuk menjadi pengkritik.
"Jawapan saya mudah, kalau kerja dengan toleransi dan profesional pasti saya akan buat lagi. Nak serik apa… sebab ini sebahagian daripada kerjaya saya. Yang penting esok saya akan ke Sydney (Australia) untuk bercuti," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment