21 September 2015

"SAYA MAAFKAN ORANG YANG MENGHINA SAYA" - AMELINA



Sebelum ini, Amelina memberitahu mengenai dirinya yang masih tidak bersedia mengenakan hijab memandang ekonominya yang belum stabil.

Disebabkan kenyataan itu, Amelina telah mendapat pelbagai reaksi berbaur. Ada yang mendoakan yang terbaik untuknya dan tidak kurang juga komen yang menghinanya dengan begitu teruk.

"Saya masih beragama Islam dan tidak terpesong daripada akidah. Saya tahu kewajipan saya sebagai umat Islam di muka bumi ini. Apabila perkara ini terjadi, ia seolah-seolah menggambarkan diri saya seorang wanita yang jahat dan jahil tentang hal agama”

Klik gambar untuk size besar




"Selama ini, saya tidak pernah menilai mahupun menghina mana-mana individu. Saya melayani setiap insan sama rata dengan penuh berhemah. Malangnya, ini yang saya terima," jelas Amelina yang turut menangis akibat terkesan dengan perkara tersebut.

Tidak mahu terus hanyut dibawa perasaan, Amelina menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan setiap individu yang menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya sudah maafkan mereka. Tidak dinafikan, pada mulanya saya sangat sedih dan malu dengan komen negatif tersebut kerana ada yang sanggup menjatuhkan hukum mengatakan saya munafik dan bakal menjadi penghuni neraka.



"Sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar. Sewaktu saya ditemu bual media, saya ditanya mengapa saya masih belum berhijab sedangkan rakan yang lain sudah bertudung.

"Ketika itu saya memberitahu bahawa saya mahu memberi fokus dan mencari kestabilan diri terlebih dulu memandangkan saya baru sahaja memasuki industri seni tanah air selepas hampir 15 tahun menyepi.

"Mengenai isu bertudung pula, biarlah hidayah itu sampai bila tiba waktunya. Lagipun, saya tidak mahu bertudung untuk meraih simpati orang ramai ataupun mengikut trend semasa. Kalau saya mahu bertudung, saya mahu betul-betul fokus ke arah kebaikan," ujar Amelina dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: