21 September 2015

"JANGAN KAITKAN ISU SEKSI DENGAN AGAMA" - TASHA SHILLA INGIN JADI DIRI SENDIRI



Tahun ini Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak sering dihimpit pelbagai kontroversi daripada dikatakan mabuk dan mengganggu teman wanita bekas kekasihnya di sebuah kelab malam sehinggalah cara pakaian beliau yang agak seksi dan melampau.

Walaubagaimanapun, menurut Tasha beliau hanya ingin menjadi diri sendiri dan percaya setiap kritikan yang diterima adalah harga yang perlu beliau bayar apabila menjadi artis. Pasti sahaja ada mata yang ingin mencari kesalah beliau dan setiap perkara beliau lakukan mendapat perhatian ramai.

Klik gambar untuk size besar




"Saya anggap ini mahu atau tidak menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Orang sudah kenal saya sebagai Tasha Shilla. Jadi pastinya setiap gerak geri dan apa sahaja mengenai saya, orang nak ambil tahu. Tetapi apabila kita jadi diri sendiri, orang mula skeptikal dan salah faham.

"Sepatutnya kenalilah diri sendiri dahulu sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri.

"Dalam hidup ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cuma sekarang ini saya selesa begini, saya harap terimalah diri ini seadanya. Saya menerima komen semua termasuk di laman Instagram dengan hati terbuka.

"Sama-sama doa yang terbaik dan janganlah bergaduh di laman sosial kerana hal sebegini. Bagi saya prinsip diri, masuk telinga kanan, …keluar telinga kiri terutama hal yang negatif.

"Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu," ujar Tasha dipetik sebagai berkata.

Dalam masa yang sama, Tasha juga meminta agar tiada pihak yang mengaitkan cara beliau berpakaian seksi dengan agama kerana setiap pakaian yang beliau gayakan adalah atas minatnya sendiri terhadap fesyen.

"Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus," jelasnya.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: