21 September 2015

"KAMI BAKAL NIKAH AWAL TAHUN HADAPAN" - ANZALNA NASIR



Jika sebelum ini, Anzalna Nasir berdiam diri mengenai tarikh perkahwinan beliau, terkini menerusi rancangan H!Live Apa Kata Malaysia malam semalam akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.

Di dalam program kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi itu, Hanif turut memberitahu beliau dan serta Anzalna akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.

"Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini," ujar Anzalna dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




"Selepas ini saya ingin mengambil masa untuk memanjakan diri sebagai persediaan sebelum mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Anzalna turut menyatakan bahawa dengan sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan oleh Hanif, beliau mengharapkan impian perkahwinannya itu akan menjadi kenyataan.

"Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ?tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa. Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis. Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot..," jelasnya.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...