17 September 2015

"KAMI BELUM SEDIA DITEMURAMAH" - LISA SURIHANI



Semua sedia maklum bahawa pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU baru sahaja menimang cahaya pertama mereka. Namun, buat masa ini pasangan berkenaan masih lagi belum bersedia berkongsi maklumat lanjut mengenai puteri mereka itu.

"Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami adjust diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media," ujar Lisa dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Sementara itu di laman Instagram Lisa dan juga Yusry, selain ucapan tahniah, peminat juga sudah tidak sabar-sabar menantikan gambar pertama bayi perempuan pasangan ini.

Kami percaya Lisa dan Yusry akan berkongsi apabila tiba masanya nanti malah kami juga percaya ramai yang tidak sabar nantikan gambar sesi fotografi pertama bayi ini nanti. Sama-samalah kita tunggu.



         ________________________




No comments: