17 September 2015

ISTERI KEDUA SELAMAT BERSALIN - ASHRAF MUSLIM TIMANG 'BABY BOY'



Bulan ini ramai artis menyambut kelahiran antaranya Farah AF2, Yazer-Ekin, Yusry-Lisa dan terkini Ashraf Muslim pula menyambut kelahiran apabila isteri kedua, Wan Sakinah selamat melahirkan anak kedua mereka sekitar jam 1 pagi pada 14 September lalu.

"Alhamdulillah dan syukur pada Allah swt kerana pada tarikh 14 Sept 2015 jam 1 pagi.. Lega hati ini bila Isteriku Sakinah berjaya melahirkan seorang baby boy yg sangat comel. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan sihat serta baik belaka.

Klik gambar untuk size besar




"Terima kasih sgt2 pada Allah kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan happy sgt2 bila kita dapat rasa Allah sentiasa bersama2 dgn kita.

"Terima kasih yg tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama2 kami n turn awak bulan Disember plak yer.. dan juga terima kasih kpd ahli keluarga kami dan sahabat2 kami yg sentiasa menyokong kami.," tulis Ashraf di laman Instagram.

Wah makin tambah berserilah keluarga Ashraf ini dan tidak lama lagi giliran isteri pertamanya, Noor Dayana pula bersalin.









         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...