16 September 2015

"MEREKA TIDAK FAHAM TUGAS CHE TA SEBAGAI WAKIL ORANG AWAM" - RAMLI MS



Sebelum ini, Edry Abdul Halim mengalu-alukan langkah Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 42, menarik diri dalam program berkenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan

Terkini, pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015) iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry menegur cara kritikan Che Ta di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.

Menurut Ramli, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas Che Ta yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.

Klik gambar untuk size besar




"Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.

"Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

"Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam," tegas Ramli.



Terdahulu Che Ta telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik selepas berasa terhina dengan teguran Edry terhadapnya di khalayak selepas dia memberi komen negatif terhadap peserta AF 2015 siaran musim keenam Ahad lalu.

Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.

"Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

"Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.

"Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini," jelasnya.




Sumber: mStar



         ________________________




No comments: