16 September 2015

LEPAS KHAI-ROSMA, RICH-VELVET KINI YAZER & EKIN TIMANG 'BABY AF'



Bukan hanya Lisa Surihani dan Yusry KRU menimang cahaya mata sulung semalam tetapi pasangan dari Akademi Fantasia musim ke-3 iaitu Yazer dan Ekin turut menerima kelahiran anak mereka yang pertama.

Kelahiran anak sulung Yazer dan Ekin telah dikongsikan oleh Marsha Milan melalui akaun Instagram miliknya dimana beliau telah memuat naik gambar bayi pasangan berkenaan.

Klik gambar untuk size besar




"Another AF baby!!!!! CONGRATULATIONS @yazerocksteady and @ekinrahmanmadon. Wish i was there! Welcome to the world baby Noah," tulis Marsha.

Dalam masa sama, ramai peminat yang mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut dan mendoakan agar bayi dan ibunya berada dalam keadaaan sihat.

Tahniah kami ucapkan dan semoga Yazer dan Ekin akan lebih murah rezeki selepas ini dan berharap anak mereka akan membuatkan rumah tangga mereka lebih berseri selepas ini.





         ________________________




No comments: