30 September 2015

"KAMI RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN"- AKIM AHMAD



Mengikat tali pertunangan Sabtu lalu, Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun dari tarikh pertunangan mereka.

"Kami merancang namun menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT," ujar Akim dipetik sebagai berkata.

Jelas Akim, keputusan bertunang dengan Stacy walaupun baharu saja memeluk Islam dibuat atas permintaan kedua ibu bapa mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Keputusan untuk bertunang dibuat dua minggu sebelum tarikh itu dipilih. Kami sepakat mengadakan pertunangan secara sederhana saja," jelasnya.

Akim memohon maaf jika ada pihak tersinggung dengan keputusannya bertunang Stacy dalam satu majlis tertutup dan sederhana pada Sabtu lalu.

Beliau meminta supaya semua pihak memahami perkara itu setelah mereka menjalinkan hubungan cinta sejak enam tahun lalu.



"Maaf sekiranya ada pihak tersinggung dengan keputusan kami untuk bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat saja.

"Kami menghormati keputusan kedua ibu bapa untuk bertunang secepat mungkin. Tidak salah rasanya menunaikan impian mereka memandangkan kedua ibu saya juga sangat menyukai Stacy.

"Lagipun, saya ingin mengikat Stacy sebagai tunang kerana risau jika ada pihak mendahului saya. Alhamdulillah, cubaan melamar Stacy berjaya dan niat baik itu diterima keluarganya," katanya.

Dua bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu selamat mengikat tali pertunangan di sebuah banglo bertempat di Amber Hills, Melawati, di sini pada 26 September lalu.

Dalam pada itu, Akim berkata ada pihak mempertikaikan tindakan mereka bertunang memandangkan Stacy baru sahaja memeluk Islam pada 24 Ogos lalu.

"Apabila berita pertunangan kami dihebohkan, pelbagai reaksi dan maklum balas diterima. Ada gembira begitu juga sebaliknya.

"Bagi saya tidak salah untuk kami bertunang kerana secara jujurnya kami sudah berkawan selama lebih enam tahun. Tidak manis rasanya untuk kami terus menangguhkan niat baik itu.

"Benar, Stacy baru saja memeluk Islam namun dia sudah lama mendalami dan mempelajari agama Islam secara dekat. Tidak salah jika saya berada di sisi Stacy bagi membimbingnya," tegas Akim.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: