30 September 2015

6 GAMBAR - AKSI COMEL SHANIKA ANAK SAFEE SALI



Pada 24 September lalu, pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Safee Sali telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak perempuannya, Shanika Salsabilla.

Shanika adalah cahaya mata pertama Safee daripada perkahwinan keduanya dengan wanita berketurunan Indonesia, Sasha yang dikahwininya pada penghujung Disember 2013 yang lalu.

Sebelum ini, Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan dua anak perempuan dari perkahwinan pertamanya yang kini masing-masing berusia 7 dan 5 tahun.

Klik gambar untuk size besar




Perkahwinan pertamanya itu bagaimanapun tidak berkekalan apabila dia bercerai pada tahun 2012.

Menerusi gambar dan kapsyen di laman Instagram milik penyerang kebangsaan itu, Safee berdoa agar anak perempuannya itu membesar dan menjadi anak yang soleh serta kebahagiaan keluarganya kini dapat berkekalan di dunia dan akhirat.

Safee yang pernah memegang gelaran jutawan bola sepak itu juga kerap memuat naik gambar anaknya Shanika yang telah dilahirkan pada tanggal 15 Jun lalu.













         ________________________




No comments: