05 September 2015

KEITH FOO & KIM RAYMOND SUDAH BERKAHWIN



Pelakon Keith Foo dan Kim Raymond sudah pun berkahwin pada tahun lepas seperti yang dirancang Keith yang mahu mengahwini cinta hatinya, Kim Raymond pada tahun lalu lagi.

Hal itu sebenarnya sudah menjadi kenyataan namun tidak didedahkan secara meluas oleh empunya diri.

Klik gambar untuk size besar




Namum perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh Kim menerusi majalah fesyen dan gaya hidup, EH! yang menampilkan Keith dan Cristina Suzanne sebagai penghias muka depan.

Kim mengakui yang dia dan Keith sudah berkahwin tahun lalu. Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Keith yang dihalakan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp belum berjawab.

"Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu," katanya kepada majalah berkenaan.



Kalau mahu diimbas sejak tahun lalu lagi, timbul kontroversi mengenai Keith yang menafikan dia dan Kim sudah bertunang pada 24 Jun 2014.

Kurang pasti kenapa pelakon yang melonjak dengan drama Ariana Rose itu berbuat demikian hinggalah kepada kisah perkahwinannya. Barangkali Keith ada alasannya tersendiri.

Difahamkan, Kim dan Keith dijangka diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman pelakon kacak berkenaan di Gemas, Negeri Sembilan.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: