05 September 2015

NIKAH ESOK - BEKAS SUAMI DOAKAN KEBAHAGIAAN RAJA FARAH



Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, bakal berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan berusia 33 pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam.

Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, mendoakan kebahagian wanita itu.

Menurut Megat, bekas isterinya itu layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

Klik gambar untuk size besar




"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.

"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujar Megat dipetik sebagai berkata.

Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan yang akan berlangsung esok.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah,"jelasnya.

Untuk makluman, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: