10 September 2015

KES CERAI: LINDA RAFAR & SYED AIMAN GAGAL HADIR DI MAHKAMAH



Semua sedia maklum bahawa Linda Rafar dan suaminya Syed Aiman perlu hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam pagi semalam untuk mengesahkan lafaz cerai tetapi kelibat kedua mereka tidak ada di mahkamah tersebut.

Linda melalui WhatsApp memberitahu Syed melafazkan cerai pagi 8 September lalu dan lafaz itu dilakukan tanpa sebab dan turut disaksikan ibu dan anaknya.

Dalam pada itu, Linda turut memberitahu yang dia masih trauma dan belum tahu apa lanjutan serta tindakan yang patut dilakukan.

Klik gambar untuk size besar




"Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti.

"Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.

"Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap... sebab itu saya tak angkat telefon bimbit," ujar Linda dipetik sebagai berkata.



Untuk rekod, Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

Sebelum Syed, Linda pernah berkahwin dan dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin. Memen meninggal dunia pada usia 11 tahun pada 5 Julai tahun lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: