10 September 2015

"SAYA BANNED SEMUA ACARA BERPRESTIJ HIBURAN MALAYSIA" - AZWAN ALI



Azwan Ali mengambil keputusan untuk memboikot semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.

Ini kerana Azwan mengakui dirinya seperti diperalatkan ketika menghadiri majlis-majlis yang menjemputnya.

"Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya tone down.

Klik gambar untuk size besar




"Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan. Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang spotlight atau kamera dan sehinggalah hari ini (kelmarin), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian," ujar Azwan pada Akhbar tersebut.

Selain itu, pengacara ini juga dalam masa yang sama turut meluahkan kekecewaannya apabila dia hanya diundang sebagai tetamu walaupun dia sudah berada selama 27 tahun di dalam industri hiburan tanah air.

"Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu? Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas," jelasnya.



         ________________________




No comments: