10 September 2015

MACAM-MACAM HAL - RAGAM DUA ARTIS DENGAN MESEJ BERBAU LUCAH



Dunia artis sememangnya penuh dengan pelbagai kontroversi. terkini, penyanyi Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab telah mendedahkan bagaimana dia menerima mesej lucah serta gangguan berbentuk seksual daripada pihak yang hanya dikenali sebagai 'Jaha Lat' melalui kiriman emel.

Difahamkan, ini bukan pertama kali Nurul mendapat mesej sedemikian dan suaminya, Eric Depp telah memberi amaran kepada pihak terbabit yang digelar 'stranger' itu namun ia tidak memberi apa-apa kesan.

Klik gambar untuk size besar




Bila dikongsinya di laman sosial, ada peminat yang menganggap mesej itu tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum dan menganggap bahawa ia seolah-olah mengaibkan diri sendiri.

Namun begitu, Nurul beranggapan peminat tersebut tersalah anggap dengan niatnya yang hanya mahu kaum wanita untuk lebih berhati-hati. Bagaimanapun, ada pula yang beranggapan Nurul bukan mahu membuka aib sendiri, tetapi memberi amaran pada yang lalai.









Selepas Nurul, timbul pula kisah Romantik Abby Abadi dengan suami yang baru mendirikan rumah tangga. Akibat selalu berkongsi foto kemesraan mereka berdua di Instagram, ada mesej yang telah disalahertikan.

Mesej berbunyi "Balik nanti kita shopping atas katil k" didakwa segelintir pihak berbau lucah seolah mengajak suaminya 'berasmara'.



Adoii... sampai ke situ apa yang difikirkan oleh pihak terbabit mengenai pasangan dua sejoli ni. Entah-entah Abby suruh suaminya shopping atas katil guna shopping online agaknya. Heh!

Apa-apapun, tak rugi jika bersangka baik dengan orang lain. Tak gitu?








Sumber: OB



         ________________________




No comments: