10 September 2015

ERIN MALEK DIDAKWA SUDAH BERSALIN?



Macam-macam hal... dulunya Lisa Surihani kini Erin Malek pula didakwa sudah bersalin hanya gara-gara sekeping gambar bayi kembar.

Dek kerana itu, ramai yang turut mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa gembira atas kelahiran tersebut namun perkara itu dinafikan oleh empunya badan sendiri.

"Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar," ujar Erin yang menafikan khabar angin tersebut malah gambar bayi kembar yang tersebar itu juga bukanlah gambar darinya.

Klik gambar untuk size besar




Sebelum ini, Erin juga turut dilanda kontroversi di mana dia dikatakan menjalani proses rawatan kesuburan di luar negara untuk mendapatkan anak kembar. Bagaimanapun, Erin turut menafikan dakwaan tersebut.

Erin yang mendirikan rumah tangga bersama Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 itu dijangka melahirkan anak sulungnya pada bulan ini. Semoga segala proses melahirkan anak kembar ini nanti akan dipermudahkan.














Sumber: BH



         ________________________




No comments: