11 September 2015

MASUK BIDANG POLITIK - DIRA ABU ZAHAR IKUT JEJAK ARWAH BAPA



Semalam pelakon yang juga pengarah, Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar telah dilantik sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia.

Doa arwah bapanya, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang pernah memikul mandat sebagai bekas Ketua Menteri Melaka seakan dimakbulkan apabila anaknya, Dira meneruskan legasinya dalam dunia politik.

Dira juga mengikut jejak beberapa rakan artis seperti Anne Ngasri, Darling Ngasri, Zed Zaidi dan Datuk Dr Jins Shamsuddin.





Menurut Dira, tawaran berkenaan baharu sahaja didatangi kepadanya baru-baru ini dan dia idak menyangka akan pergi jauh sampai ke tahap ini, biarpun selama ini dia sebenarnya kerap melakukan kerja amal secara diam-diam.

Sedikit sebanyak lahir dalam keluarga yang berlatar belakang politik, Dira tak terkecuali dibayangi arwah bapanya. Tawaran yang diusulkan kepadanya lantas dipanjangkan kepada suami, ibu dan keluarga tersayang. Mereka yang ditanya Dira tak berfikir panjang untuk menyuruhnya meneruskan apa yang pernah diperjuangkan arwah bapa.

"Ia satu platform yang baik untuk saya meneruskan apa yang arwah bapa pernah buat dan tinggalkan. Selama hayat bapa saya, dia sejujurnya tak pernah memaksa kami menceburi bidang politik. Arwah bapa saya lebih selesa kami membesar dengan melakukan apa yang diingini. Tapi saya tahu arwah bapa selama ini ada mendoakan seorang daripada anaknya itu mengikuti jejak beliau.

"Nampaknya doa arwah bapa saya dimakbulkan Tuhan. Ibu saya sendiri menyuruh saya jangan pandang belakang. Ia juga berbalik kepada soal masa. Saya kira masa sudah tiba dan sesuai untuk saya menceburi bidang ini. Jadi dengan pelantikan ini, apa yang saya pernah lakukan termasuk kerja amal boleh disalurkan mengikut platform dan akses yang lebih besar.

"Sejujurnya saya tak pernah terfikir untuk terbabit dalam dunia politik. Macam dunia lakonan pun saya tak sangka akan ke arah itu. Semuanya seperti tersusun cantik dan teratur atas aturan Tuhan. Malah selama ini pun, saya buat apa yang diminati dengan jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengharapkan balasan tertentu. Pastinya jawatan ini akan membuatkan skop kerja yang saya buat jadi lebih besar'" ujar Dira dipetik sebagai berkata.

Tambah Dira, sejak setahun lalu juga dia banyak memperlahankan kerjaya lakonan demi melakukan cabang kerja lain.

"Niat saya selepas arwah bapa meninggal dua tahun lalu ialah untuk menubuhkan satu perniagaan termasuk rumah produksi. Tapi masa tak mengizinkan. Hanya kini baharu saya boleh memberi perhatian selain dapat meluangkan masa dengan keluarganya. Pastinya tanggung jawab baharu dalam kerja politik ini akan saya pikul sebaik mungkin," jelasnya.

Pelantikannya tadi dibuat ketika mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: