Kelmarin pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman gagal hadir ke mahkamah bagi mengesahkan lafaz cerai tersebut.
Bagaimananpun, Syed menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di antara dia dan isteri sehingga tersebar kisah mengenai rumah tangga meraka di laman sosial.
"Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras. Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu”
Klik gambar untuk size besar
"Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak. Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini”
"Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai," ujar Syed dipetik sebagai berkata.
Untuk rekod, Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.
Sebelum Syed, Linda pernah berkahwin dan dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin. Memen meninggal dunia pada usia 11 tahun pada 5 Julai tahun lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment