03 September 2015

NAFI BERCINTA SEMULA - NORA DANISH & NEDIM NAZRI HANYA BERKAWAN BAIK



Semua sedia maklum bahawa percintaan antara Nora Danish dan kekasih, Nedim Nazri telah pun berakhir. Tetapi ada khabar angin yang mengatakan yang Nora dan Nedim menyambung semula hubungan cinta mereka.

Ditanya mengenai khabar angin ini, Nora menafikan yang mereka menjalin hubungan kembali sebaliknya berkata yang dia hanya berkawan baik dengan bekas teman lelakinya itu.

Tambah Nora, dia dan Nedim masih boleh bersahabat baik kerana masing-masing sudah matang untuk membuat keputusan.

Klik gambar untuk size besar




"Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki. Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu.

"Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang.

"Seandainya ada jodoh, kami akan bercinta semula. Namun, buat masa ini saya lebih selesa begini," ujar Nora dipetik sebagai berkata.



Khabar angin mereka berbaik dan bercinta semula tercetus apabila video pasangan ini tersebar di laman sosial.

Jelas Nora, tiada apa yang ingin disorokkan, malah mereka memberi kebenaran kepada pemilik sebuah pemilik restoran untuk memuat naik video berkenaan.

Sementara itu, pelakon Polis Evo itu menjelaskan, dia tidak terkesan dengan sebarang gambar dan status yang dimuat naik oleh sebuah akaun yang dikenali sebagai MissKepohOfficial.

"Lumrah kehidupan seorang anak seni sentiasa dibelenggu gosip. Tidak semua akan suka pada kita, jadi saya enggan terlalu memikirkan perkara itu.

"Walaupun individu itu berselindung di sebalik akaun berkenaan, lambat laun kebenaran akan terungkai juga.

"Saya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya dan biarlah masa yang menentukan segala-galanya," jelasnya.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: