31 October 2015

ANAK DERITA SAKIT USUS - AZMAN FLOP POPPY MOHON BANTUAN



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah umpamanya bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail, 43, apabila anaknya mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.





Justeru itu, Azman memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya.

Menurut Azman, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan.

"Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.

"Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.

Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.

Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.

"Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.

"Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara," jelasnya.

Untuk rekod, Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azman di talian 011-11906910.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: