31 October 2015

LEPAS ISU CIPLAK - NEELOFA DIDAKWA TELAH MENGANIAYA STOKIS SENDIRI



Sejak dua menjak ini Neelofa nampaknya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan berkaitan Naelofar Hijab.

Jika sebelum ini, Naelofar Hijab dikatakan menciplak rekaan tudung jenama lain, kali ini Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Klik gambar untuk size besar




Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan.

Malah, individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.

Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh memecat pekerja dan menurukan gaji mereka tanpa notis.



Kami tak pasti sama ada dakwaan ini benar atau tidak, hanya empunya badan yang dapat memberikan perjelasan mengenai perkara ini.

Diharap Neelofa bersabar dengan dugaan dan cabaran sebegini. Adat berniaga pasti akan ada yang cuba menjatuhkan kita.







         ________________________




No comments: