12 October 2015

ANNAHITA BAKAVOLI & SAIFUL SAH CERAI TALAK SATU



Rumahtangga yang dibina lima tahun lalu itu hancur apabila pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, 33, dan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad sah bercerai talak satu.

Sebelum ini, gosip Annahita dan suaminya telah berpisah menjadi bualan yang cukup hangat sekitar bulan April tahun lepas. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh beliau sendiri dan memberitahu masih lagi bergelar isteri orang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya, dia melafazkan cerai talak satu terhadap Annahita pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Klik gambar untuk size besar




"Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

"Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kata Saiful, keputusan untuk berpisah itu dibuat kerana mereka tiada persefahaman lagi.

"Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan," jelasnya.



Sementara itu, Annahita ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.

"Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya," kata Annahita.

Untuk rekod, Annahita dan Saiful berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


Sumber: myMetro



         ________________________




No comments: