08 October 2015

AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA DIKECAM GARA-GARA GUNA 'BABY HARNESS'



Hanya kerana Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menggunakan 'baby harness' untuk mengawal pergerakan anak mereka, Lara Alana, mereka telah dikecam oleh sesetengah pihak yang menganggap perbuatan Awal dan Scha terhadap anaknya seperti anjing.

"Dosa buat camni.. macam anak itu anjing," antara komen yang ditinggalkan.

Tetapi ada sesetengah pihak yang menyokong tindakan Awal kerana mereka tahu betapa susahnya menjaga anak apabila mereka sudah pandai berjalan.

Klik gambar untuk size besar




Contohnya kalau ibu bapa lalai hanya beberapa saat, tup-tup anak dah hilang dari pandangan mata. Memang sangat berbahaya terutama jika pergi ke tempat yang ramai orang seperti shopping kompleks. Silap-silap anak terus hilang dan kemungkinan untuk diculik sangat tinggi, lebih-lebih lagi jika anak selebriti seperti Lara Alana.

Bagi kami, tindakan Awal Ashaari yang menggunakan 'baby harness' terhadap anaknya adalah tepat dan sangat bertanggungjawab. Namun biasalah semua benda yang kita lakukan, ada je yang nak pandang serong.

Kami rasa si penulis komen mungkin masih belum berkahwin atau belum mempunyai anak sebab itu kot dia komen sedemikian.

Apa pun, tahniah kepada Awal dan Scha kerana menjaga keselamatan anak mereka. Semoga ia dicontohi oleh kita, lebih-lebih lagi di zaman sekarang yang penuh dengan orang jahat.



Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO



         ________________________




No comments: