08 October 2015

TAK HARAP TAJAAN - AKIM AHMAD BAKAL NYANYI DI MAJLIS PERKAHWINAN SENDIRI



"Kami tidak mengharapkan tajaan namun tidak menolak sekiranya tawaran diberikan bersesuaian dengan majlis itu nanti. Kami tidak mahu majlis kami dikawal dan mengikut kehendak pihak penaja," demikianlah kata Akim Ahmad yang bakal berkahwin dengan Stacy pada tahun hadapan.

Bagi Akim, cukuplah sekadar majlis sederhana bagi meraikan kedua-dua belah pihak.

"Semestinya kedua ibu bapa kami ingin menjemput sahabat rapat dan saudara terdekat," ujar Akim dipetik sebagai berkata.





Akim yang sedang menghitung hari untuk disatukan dengan Stacy berkata, dia tidak menolak kemungkinan akan menyanyikan lagu baru yang dicpta khas untuk majlis perkahwinan mereka.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sendiri," jelasnya.

Akim dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada pihak media jika ada yang terasa hati kerana dia mengadakan majlis bertunang secara tertutup.





         ________________________




No comments: