01 October 2015

DIANA DANIELLE IDAM ANAK LELAKI



Mengenai jantina anak kedua, Diana Danielle berkata dia mahupun suaminya sendiri, Farid Kamil masih belum mengetahui jantina bayi tersebut dan bagi Diana sendiri dia tidak kisah sama ada bayi tersebut lelaki atau perempuan.

Di sepanjang kehamilannya yang sudah memasuki tujuh bulan itu juga Diana tidak mengalami masalah alahan dan kekal cergas seperti biasa, cuma telah pun berehat seketika daripada kerjayanya.

Klik gambar untuk size besar




"Jantina kami masih belum mahu mengetahuinya lagi dan tidak ada masalah sangat untuk membuat persiapan. Saya tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan. Tapi saya lagi nak ramai anak lelaki sebab dia boleh kawan dengan Muhammad, mungkin juga sebab saya perempuan saya nak banyak hero”

"Tapi tak kisahlah lelaki atau perempuan nanti bila mereka berkahwin saya akan dapat menantu lelaki atau perempuan juga. Sepanjang 7 bulan mengandung saya Alhamdulillah masih aktif dan buat kerja-kerja biasa cuma tak angkat benda-berat. Selain itu, makan makanan yang berkhasiat yang dipantau oleh suami (Farid Kamil)," ujar Diana dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Diana memberitahu yang dia akan cuba bersungguh untuk berpantang secara tradisional walaupun sebelum ini mengamalkannya cuma masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan diamalkannya untuk anak keduanya kali ini.



"Sebelum ini saya pernah dengar daripada kawan saya katanya anak ketiganya dia betul-betul jaga pantang temasuklah cara pemakanan sehinggalah dalamannya. Hasilnya dia begitu senang untuk membesarkan anaknya daripada dulu dia kurang mengamalkan pantang ini," demikianlah kata Diana Danielle.

"Saya dahulu pun bukanlah tidak menjaga pantang tapi saya tak ambil serius. Bila saya mendengarkan pengalaman daripada kawan saya, sebenarnya proses pantang ini banyak faedahnya sekiranya betul-betul mengamalkan pantang," jelasnya.



         ________________________




No comments: