01 October 2015

TASHA SHILLA KINI MULA 'MATANG'



Tasha Shilla memang tidak lekang dengan kontroversi yang melanda dirinya. Selepas putus cinta dengan Han Wong, Tasha seakan memberontak apabila tampil dengan imej yang lebih seksi dan tidak menghiraukan sebarang kritikan orang ramai terhadapnya.

Bagaimanapun, Tasha kini nampaknya sudah mula 'matang' sedikit dan menyedari apa yang berlaku kepada beliau baru-baru ini mengajar beliau untuk jadi lebih kuat.

"Apa yang berlaku membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melalui perjalanan hidup ini. Setiap hari saya belajar menerima ujian dengan hati yang reda dan berfikiran positif.

Klik gambar untuk size besar




"Tipulah kalau saya katakan tidak kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kita tidak digalakkan untuk terus kecewa. Saya perlu kuat dan tidak boleh berputus asa. Setiap ujian dari Allah adalah untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi perjalanan hidup ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Tasha juga memberitahu buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk bercinta semula dan mahu menenangkan fikirannya seketika selepas segala keperitan yang dilaluinya.

"Belum masanya lagi untuk kembali bercinta. Saya masih solo. Tidak mahu fikirkan dahulu soal itu. Biarlah saya berehat dan tenangkan fikiran. Memang ada yang mahu mendekati dan saya juga tidak boleh tutup pintu hati selamanya. Cuma belum tiba waktunya sekarang ini," jelasnya.













         ________________________




No comments: