01 October 2015

"SELEPAS DIKURNIAKAN ZURIAT, SUAMI SAYA BERNAZAR AKAN TUNAI HAJI" - PUTERI SARAH



Telah hampir dua tahun Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjalani kehidupan rumah tangga yang cukup manis.

Kemesraan dan sisi romantis pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof memang tidak dapat disangkal lagi, ramai sebenarnya cemburu dengan kebahagiaan mereka berdua.

"Saya gembira dengan kehidupan bersama suami. Tidak ada masalah. Manisnya seperti orang bercinta selepas nikah. Memang tidak terasa perjalanan yang sudah kami tempuhi ini. Doakan kami begini sampai bila-bila pun, ya," ujar Sarah dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Dalam pada itu, Sarah juga berkata yang suaminya pernah menyatakan hasrat untuk menunaikan haji selepas beroleh cahaya mata selain memberitahu mereka akan menunaikan umrah buat kali ketiga, Januari tahun hadapan.

"Ini satu perkara yang menggembirakan. Memang tidak sabar untuk pergi sekali lagi tetapi tunggu Syamsul habiskan dahulu penggambaran untuk filem baharunya. Jika kami jadi pergi maksudnya kami akan pergi buat kali ketiga bagi mengerjakan ibadah umrah.



"Tentang haji pula, kami memang ada perancangan juga, sama macam orang lain. Cuma buat masa sekarang, kami belum menemui masa yang sesuai kerana persediaannya tentulah lebih besar dan mengambil masa, jadi kena betul-betul bersedia.

"Syamsul juga pernah berkata, kami bernazar untuk menunaikan haji selepas dikurniakan cahaya mata," jelas Sarah yang tidak tertekan dengan perkara tersebut.

Semoga apa yang dihajati pasangan ini akan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh-Nya.





         ________________________




No comments: