10 October 2015

DISANGKA MENINGGAL - PEKIN IBRAHIM LUAH RASA TERKILAN



Jika sebelum ini ramai artis kita yang didakwa meninggal, terkini giliran Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 34, pula menerima berita palsu kematiannya yang tersebar meluas di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Menurut Pekin, berikutan laporan itu dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

"Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Buat pertama kalinya, saya berhadapan dengan berita palsu sebegini.

Klik gambar untuk size besar




"Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini. Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu saya yang sudah berusia," ujar Pekin dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Pekin berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat. Katanya, berikutan penyebaran berita palsu itu, telefonnya juga tidak pernah berhenti menerima panggilan.



"Tweet mengenai berita kematian saya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah.

"Saya sedang cuba memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali," jelasnya.

Pekin mengakui sangat terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyalah gunakan medium media sosial bagi menyebarkan perkara palsu.




Sumber: BH



         ________________________




No comments: