10 October 2015

BERITA BAIK - HUBUNGAN ERMA FATIMA & OGY AHMAD DAUD SUDAH KEMBALI JERNIH



"Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih," demikianlah kata Erma Fatima yang kini kembali berdamai semula dengan Ogy Ahmad Daud

Ini kerana Erma dan Ogy tidak mahu terus dihurung kisah lama hingga menyebabkan mereka ini tidak bertegur.

Apa yang menariknya lagi, mereka turut sama akan bergandingan semula dalam satu pementasan teater pada November ini.





Untuk pengetahuan anda, Erma dan juga Ogy pernah digandingkan bersama di dalam drama Pengantin Popular sekitar tahun 2014. Bagaimanapun, tindakan Erma menegur lakonan Ogy (yang lebih senior) ketika itu, membuatkan hubungan mereka dingin.

Dalam pada itu, Erma juga berkongsi kisah bahawa dia pernah menyimpan wang perbelanjaan sekolah semata-mata ingin menonton lakonan Ogy di dalam filem Azura. Kini, dia bersyukur kerana hubungan antara mereka sudah kembali pulih.

Apa pun, tahniah kepada Umie Aida kerana telah berusaha dan berjaya menjernihkan kembali hubungan tersebut di mana mereka sudah 20 tahun tidak digandingkan bersama.



         ________________________




No comments: