19 October 2015

GEGAR VAGANZA - HAIL AMIR PUJI INISIATIF ASTRO



Penyanyi 'evergreen' yang amat popular satu ketika dahulu, Hail Amir memuji inisiatif Astro menerbitkan rancangan Gegar Vaganza yang masuk musim kedua semalam. Menurut Hail, rancangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu artis yang kurang 'job' untuk terus menyanyi dan mencari rezeki.

Klik gambar untuk size besar

Photo oleh: Man Lada



"Ia bagus untuk penyanyi kita yang tiada job kerana ia mengetengahkan mereka kembali ke kaca TV dan sekaligus memberi mereka publisiti.

"Dengan cara itu, masyarakat akan ingat mereka kembali dan peluang untuk membuat persembahan pastinya akan bertambah banyak," ujarnya ketika di temui myartis di Ibu Negara.

Bagaimanapun, Hail mencadangkan agar tiada batasan had usia seseorang artis untuk menyertai rancangan tersebut. Dengan cara itu, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada artis-artis lain mencari rezeki.

Ditanya apakah beliau berminat menyertai Gegar Vaganza, kata penyanyi itu dia merasakan tidak sesuai baginya memandangkan ia memerlukan komitmen yang tinggi. Tambahan pula dia mempunyai banyak undangan nyanyian yang perlu dipenuhi termasuk masalah masa yang terhad.

Untuk info, Gegar Vaganza semalam memulakan konsert pertamanya dengan menampilkan 12 artis 'one hit wonder' dan 'evergreen' iaitu Amir Ukays, Acong Sweetchild, Zul Handy Black, Nassier Wahab, Nizam Laksamana dan Ezad Exist, Siti Nordiana, Ezlynn, Azian Mazwan Sapuan, Sheeda, Haiza dan Faradhiya.

Dipenghujung konsert tersebut, tiada penyingkiran dilakukan di mana kesemua artis yang membuat persembahan berjaya layak kepusingan kedua minggu hadapan.


Photo oleh: Man Lada





         ________________________




No comments: