27 October 2015

GV2 DAPAT SAMBUTAN YANG SANGAT 'GILA'



Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kedua (GV2) telah mendapat sambutan yang amat luar biasa apabila ada segelintir penonton yang memiliki kad masuk tidak mendapat tempat duduk kerana kerusi tidak mencukupi sehingga kerusi bankuet terpaksa di bawa ke dalam.





Biarpun begitu, masih ada yang kelihatan berdiri sepanjang konsert berlangsung. Ia belum lagi penonton di luar auditorium yang tidak dapat masuk dan hanya berkumpul di kaki lima.

Mengulas senario itu, Pengurus saluran Astro, Raqim Ahmad berkata, pihaknya tidak menjangka sambutan GV2 adalah sangat luar biasa.

Namun jelasnya, konsert minggu tetap akan diteruskan di MBSA kerana masalah untuk mendapatkan tempat yang lebih luas dan selesa.



"Sebenarnya bukan mudah untuk menempah lokasi lain. Minggu ini, kami ingat tempat duduk mencukupi tetapi kehadiran penonton di luar jangka.

"Kita juga akan mengatasi masalah penonton yang ada kad masuk namun tidak mendapat tempat duduk. Mungkin kami akan mengeluarkan kad itu lebih awal dan bukannya sebelum konsert bermula," katanya dalam sidang media, semalam.

Dalam pada itu, Raqim turut ditanya mengapakah tiada penyingkiran di minggu kedua? Adakah ia sebahagian daripada startegi untuk melariskan lagi peminat rancangan ini.



Lantas dia menjawab, tiada kena mengena dengan apa jua strategi malah ia adalah hasil perbincangan bersama dengan juri tetap iaitu Dato' Ramli MS yang berpendapat peluang seterusnya wajar dibuka untuk peserta tersebut.

"Tak salah memberi lagi ruang kepada peserta untuk menunjukkan bakat. Apa-apa pun penyingkiran tetap akan ada, tetapi untuk minggu hadapan akan ada penyingkiran.

"Adakah seorang atau 2 peserta yang tersingkir saya tak berani nak beri apa-apa jaminan kerana jawapannya ialah kenalah tunggu minggu hadapan, baru kita dapat tahu," katanya berseloroh.

Dua belas peserta yang bertanding dalam GV2 adalah Amir Ukays, Acong Sweet Child, Nizam Laksamana, Nassier Wahab, Ezad Lazim dan Zul Handy Black.

Turut terlibat Haiza, Sheeda, Siti Nordiana, Ezlynn, Azian Mazwan Sapuan dan Faradhiya.

Kesemua peserta pada malam itu mengadakan persembahan menerusi tema yang diberikan iaitu 'Aku dan Lagu'.

Selain Ramli, Datuk Khadijah Ibrahim turut bertindak sebagai juri profesional manakala Datuk M Daud Kilau sebagai juri jemputan.

Raja Gelek itu juga turut mengadakan persembahan pembukaan pada acara berkenaan.



         ________________________




No comments: