27 October 2015

"SAYA TAK SENTAP DENGAN KOMEN JURI" - SITI NORDIANA



"Saya tak ambil hati dengan komen-komen yang diberikan. Semasa saya diberi tugasan untuk menyanyikan lagu Madah Berhelah, ia satu tanggungjawab yang amat mencabar buat nyanyian saya," demikian kata Siti Nordiana yang mengambil sikap positif, terbuka serta tidak sentap dengan komen juri tetap iaitu Dato' Ramli MS mengenai mutu persembahan dan lontaran vokalnya.





Dalam pada itu, dia akui perasaan gugup dan gementar masih lagi menebal walaupun dirinya sudah lama bernyanyi sejak berusia belasan tahun.

"Ditambah lagi saya adalah orang pertama yang membuka pentas persembahan GegarVaganza, jadi saya yakin penonton mahukan yang terbaik daripada lagu kepunyaan Ziana Zain itu.

"Tapi Alhamdulilah, saya dah buat yang terbaik mengikut gaya saya sendiri. Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menyukainya tetapi bagi yang tidak mengemarinya maafkanlah saya," ujar Nana berseloroh.

Nana turut ditanya mengenai perasaannya mengenai kedudukannya di tempat kedua terbawah di Konsert Gegar Vaganza minggu kedua.

Ketika itu baru Nana memahami perasaan yang dihadapi oleh peserta-peserta yang menyertai program realiiti seperti Akademi Fantasia, apabila berada di tempat yang terendah.

"Saya memang tak pernah ada pengalaman berhadapan dengan program realtiti TV. Apabila diri saya antara peserta yang terbawah, pelbagai perasaan telah bercampur baur seperti gusar, gementar dan sedih pun ada.

"Tetapi, untuk minggu kedua ini pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada ke semua peserta untuk beraksi di minggu hadapan, saya hanya mampu bersyukur dan berterima kasih.

"Maka dengan itu, saya akan teruskan perjuangan melakukan yang terbaik dengan cabaran yang baru, Inshaa Allah," jelasnya.



         ________________________




No comments: