22 October 2015

HANYA MELIHAT BENTUK TUBUH DIANA DANIELLE - FARID KAMIL BOLEH TAHU JANTINA ANAK



Sehingga kini Farid Kamil dan isterinya masih belum berpeluang untuk mengetahui jantina bakal bayi kedua mereka meskipun usia kandungan Diana Danielle sudah memasuki lapan bulan.

Pun begitu, Farid Kamil berkata ia bukan satu masalah baginya kerana apa yang penting bayi dalam kandungan itu sihat dan selamat dilahirkan dijangka pada bulan hadapan.

Klik gambar untuk size besar




"Sudah beberapa kali kami pergi scan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan tetapi sehingga kini masih tidak nampak dengan jelas lagi alat sulitnya.

"Bagaimanapun, lelaki atau perempuan kami tidak kisah asalakan bayi sihat sahaja cukuplah," ujar Farid ketika ditemui media pada Malam Gala Filem Love, Supermoon di Cathay Cineplex e@Curve.

Walaupun tidak mengetahui jantina anak tapi Farid memberitahu bentuk tubuh Diana Danielle kini punya perbezaan jika dibandingkan dengan kehamilan anak pertamanya Muhammad dan dia sendiri meramalkan isterinya itu sedang hamil anak perempuan.



"Daripada susuk tubuh Diana memang nampak sangat berbeza berbanding waktu dia hamilkan Muhammad.

"Jadi saya seperti menjangkakan dia sedang hamil anak perempuan. Kalau benar saya suka sangatlah kerana saya sendiri memang idamkan anak perempuan untuk anak kedua ini," jelasnya.

Farid Kamil bakal muncul dalam filem terbaru Love Supermoon bersama barisan pelakon lain seperti Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman dan lain-lain pada 22 Oktober ini.

Filem bergenre Komedi Romatik itu mengisahkan tentang perjalanan hidup hero dan heroinnya selama 20 tahun yang penuh dengan kisah suka duka. Filem ini memaparkan saat-saat penting dalam kehidupan seperti cinta monyet zaman sekolah, konvokesyen di universiti, temuduga kerja, alam berumah tangga dan seterusnya.



         ________________________




No comments: