22 October 2015

BANTU PESAKIT KANSER - MAYA KARIN JADI SELEBRITI PALING BANYAK MENDERMA



Pada Ahad lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menyerahkan dana berjumlah RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Sumbangan itu dikumpul menerusi kempen amal #AirAsiaMAKNA yang dilancarkan baru baru ini.

Klik gambar untuk size besar




Syarikat penerbangan itu menjual kemeja-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik kru penerbangan dan juruterbang AirAsia, yang dijual pada RM30 sehelai.

Semua hasil jualan disalurkan ke tabung MAKNA.

Acara berkenaan yang diadakan di Fahrenheit 88, turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Maya Karin, Ryzal Jaafar, Fahmie Esmail, Amelina Amir Sharifuddin, Sasha Saidin, Thanuja Ananthan, Tam Suhaimi, Ungku Ismail Aziz, Aizat Amdan, Chef Nik Michael Imran dan Harris Aliff.



Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Cik Aireen Omar dan Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid selain pesakit kanser.

Selain meluangkan masa memberi sokongan moral kepada pesakit kanser, barisan selebriti yang hadir juga memberi derma persendirian sebanyak RM500 seorang kepada tabung #AirAsiaMAKNA bagi tujuan membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan.

Pesakit kanser, ahli keluarga dan juga tetamu majlis petang itu turut dihiburkan dengan persembahan hebat dari Maya Karin dan tiga pemuzik yang menyampaikan tiga buah lagu, iaitu Tersenyum, Laskar Pelangi dan Let It Be.



Maya juga menjadi selebriti yang menyampaikan jumlah derma yang tertinggi di majlis itu iaitu sebanyak RM2,000.

"Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 daripada 4 rakyat Malaysia menghidapi kanser.

"Tujuan kami melancarkan kempen #AirAsiaMAKNA ialah untuk mendidik masyarakat awam untuk mengenali sakit kanser, pencegahan awal, dan seterusnya membantu golongan yang tidak berkemampuan.

"MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini.

"Kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka.

"Sejak mulanya kempen ini, kami mendapat sokongan rakan selebriti yang membantu menyebarkan informasi mengenai kempen #AirAsiaMAKNA.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua selebriti yang hadir pada hari ini untuk memberikan sokongan sambil menderma untuk membantu mereka yang memerlukan" ujar Aireen Omar dipetik berkata.

Sementara itu, Farahida Mohd Farid mengucapkan tahniah di atas usaha murni AirAsia menganjurkan kempen berkenaan.

"Melalui kempen ini, AirAsia bukan saja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi menunjukkan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini," jelas Farahida.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: