21 October 2015

SELAMAT BERSALIN - AKMA AF3 DIKURNIA 'BABY BOY'



Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 2.10 petang semalam.

Difahamkan, bayi lelaki seberat 2.23 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court.

Klik gambar untuk size besar




"Saya bersalin awal sebulan kerana tarikh jangkaan ialah 20 November. Mungkin juga anak kedua kami ini sudah tidak sabar melihat dunia. Apapun alhamdulillah bayi sihat.

"Cuma kami belum ada nama untuknya lagi. Tengah menyenaraikan nama terbaik dan pilihan dengan ustaz," ujar Akma dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Akma dan Farih Hamshi Mohamad Fatmi mendirikan rumah tangga mereka pada 30 Jun 2012 dan telah dikurniakan anak perempuan iaitu anak pertama pasangan ini yang bernama Awatif Husna Hamshi, 2.





Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO


Sumber: BH



         ________________________




No comments: