20 October 2015

ISU RAMBUT : USAH SIBUK DENGAN URUSAN SAYA - TMJ



Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak kisah tentang segelintir pihak yang sibuk memperkatakan tentang fesyen rambut terbaharunya sekarang.

Dalam satu wawancara wartawan dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai rambut barunya yang dicelup perang itu yang disiarkan di Facebook 'johorsoutherntigers' malam semalam, TMJ telah meluahkan isi hatinya.





"Ia rambut saya. Saya melakukannya hanya untuk keseronokan. Jika esok saya memilih untuk warna biru atau merah atau mencukur kepala saya, itu adalah urusan saya," kata Tunku Ismail.

"Tambahan pula, ia tidak akan begini selama-lamanya. Ia akan menjadi hitam semula tidak lama lagi, jadi saya tidak peduli apa yang orang kata. Hanya Allah yang boleh menilai saya," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Tunku Ismail kemudian berkata bahawa "urusan yang terbaik di dunia ini adalah untuk menjaga urusan sendiri".

"Saya sebelum ini pernah rasa marah apabila ada orang mengata perkara-perkara negatif tentang saya, tetapi sekarang saya tidak peduli," jelasnya.

"Satu hari, PDRM (polis) menunjukkan kepada saya gambar 2 individu yang memfitnah keluarga dan saya. Selepas melihat bagaimana wajah pahlawan keyboard itu, saya tidak merasa kecewa lagi kerana sekarang saya faham mengapa orang ini tidak mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk dilakukannya.

"Saya tidak menyalahkan mereka. Tiada kesalahan, tetapi jika saya mempunyai wajah seperti itu, saya juga akan membenci seluruh dunia.

"Bagaimanapun, saya berdoa supaya mereka sentiasa diberkati Allah," kata Tunku Ismail.



         ________________________




No comments: